Tolong Ambil Kisah!! Dua lelaki warga Nepal cuba melarikan bayi berusia dua bulan di nilai! - sahabat dunia kini

Tolong Ambil Kisah!! Dua lelaki warga Nepal cuba melarikan bayi berusia dua bulan di nilai!


Nilai: Seorang daripada dua lelaki warga Nepal berusia 20-an berjaya dicekup penduduk Taman Desa Cempaka 3, di sini, kerana cuba melarikan seorang bayi berusia dua bulan, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Zaldino Zaludin berkata, dalam kejadian 1 tengah hari, dua suspek itu menerjah masuk ke perkarangan rumah seorang penduduk, di sini.
Katanya, sebaik pintu kediaman dibuka wanita berusia 50-an, suspek memintanya menyerahkan cucu perempuan yang dijaganya.
"Kerana tidak mengenali dua lelaki itu, wanita terbabit menutup pintu dan suspek cuba memecahkan pintu serta tingkap rumah.
"Wanita itu menjerit meminta tolong menyebabkan suspek cuba melarikan diri.
"Seorang daripada suspek berjaya dicekup penduduk taman perumahan, manakala seorang lagi melarikan diri dan masih diburu," katanya siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 477 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Ogos 2016 @ 5:10 PM
Tolong Ambil Kisah!! Dua lelaki warga Nepal cuba melarikan bayi berusia dua bulan di nilai! Tolong Ambil Kisah!! Dua lelaki warga Nepal cuba melarikan bayi berusia dua bulan di nilai! Reviewed by Ahmad Zulkifli on 11:58 PM Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.