Pelik Tapi Benar Berlaku Di Melaka!! Pemuda Trauma Di Rogol Kenalan Lelaki Yang Baru Di Kenali , Dan Aksi Mereka Di Rakam - sahabat dunia kini

Pelik Tapi Benar Berlaku Di Melaka!! Pemuda Trauma Di Rogol Kenalan Lelaki Yang Baru Di Kenali , Dan Aksi Mereka Di Rakam



REMBAU – Seorang mahasiswa yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Kedoktoran (PhD) di salah sebuah universiti awam di negara ini trauma apabila dirogol oleh kenalan lelakinya yang baru dikenali melalui aplikasi sosial, SweetRing kira-kira sebulan lalu.

Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa berusia awal 30-an berjaya melarikan diri daripada kenalan durjananya selepas dirogol apabila lelaki itu singgah di salah sebuah stesen minyak di Senawang sebelum mangsa memberikan alasan untuk ke tandas.

Sumber berkata, mangsa sebelum ini hanya berhubung dengan lelaki terbabit melalui aplikasi berkenaan dan dua minggu selepas berkenalan, mereka bertukar-tukar nombor telefon serta berjanji untuk bertemu.

Menurutnya, mereka berjanji berjumpa di salah sebuah tol dan mangsa telah meletakkan kenderaannya di tol berkenaan sebelum menaiki kenderaan suspek jenis Perodua Viva.

"Mangsa dibawa ke sebuah kolej di Melaka memandangkan kenalannya itu mahu mengambil barangan penting.

"Sesudah suspek mengambil barangan berkenaan, mangsa memohon suspek segera menghantarnya pulang namun lelaki itu mulai berubah sikap menjadi bengis.

"Suspek juga menyatakan terpaksa menukar kereta di Seremban sebelum menghantar mangsa pulang kerana kereta berkenaan mengalami masalah suhu naik," katanya.

Sumber berkata, mangsa semakin bimbang dan takut apabila dia dibawa melalui kawasan terpencil dan dikelilingi kelapa sawit.

"Suspek menyuruh mangsa memeluknya, namun mangsa enggan dan suspek mula bertindak ganas dengan memaksa mangsa memuaskan nafsunya.

"Lebih malang lagi, lelaki itu bertindak jahat dengan merakam adegan berkenaan. Sesudah itu, suspek meneruskan perjalanan bagi menghantar mangsa dan singgah di salah sebuah stesen minyak di Senawang," katanya.

Menurut sumber, mangsa telah meminta pertolongan daripada kakitangan stesen minyak yang kebetulan berada di dalam tandas.

"Mangsa yang menetap di Selangor segera menyelamatkan diri dengan menyorok di kaunter stesen minyak berkenaan dan meminta bantuan polis.

"Suspek beredar dari stesen minyak berkenaan, namun datang kembali serta meletakkan beg tangan mangsa di kaunter stesen minyak berkenaan.
Pelik Tapi Benar Berlaku Di Melaka!! Pemuda Trauma Di Rogol Kenalan Lelaki Yang Baru Di Kenali , Dan Aksi Mereka Di Rakam Pelik Tapi Benar Berlaku Di Melaka!! Pemuda Trauma Di Rogol Kenalan Lelaki Yang Baru Di Kenali , Dan Aksi Mereka Di Rakam Reviewed by Ahmad Zulkifli on 4:48 AM Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.