Kantoi Malam Merdeka!! "Saya Tak Sentuh Dia Pun, Saya Masuk Bilik Dia Hanya Nak Solat" - sahabat dunia kini

Kantoi Malam Merdeka!! "Saya Tak Sentuh Dia Pun, Saya Masuk Bilik Dia Hanya Nak Solat"



“Betul, saya tidak sentuh dia... Jika tak percaya boleh bawa dia (teman wanitanya) lakukan pemeriksaan di hospital.

Saya baru masuk sekejap untuk solat. Memang tak buat apa-apa,” dakwa berulangkali seorang remaja lelaki sejurus ditahan kerana disyaki berkhalwat bersama teman wanitanya.

Dalam kejadian jam 1.45 pagi semalam, pasangan remaja berusia 18 tahun itu ditahan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah (PAID) Hulu Langat selepas didapati tinggal berdua-duaan di dalam bilik hotel bajet di Jalan Raja Harun, di sini.

Sumber berkata, pintu bilik diinap pasangan remaja itu terpaksa dibuka menggunakan kunci pendua selepas mereka enggan membuka pintu apabila diketuk berulang kali.

“Sebaik dibuka, remaja lelaki itu didapati memakai baju dalam keadaan terbalik dan duduk di atas katil bersama seorang remaja perempuan.

“Remaja lelaki itu memberi alasan menyewa bilik hotel berkenaan selepas usaha menghantar pulang teman wanitanya ke rumah ibu saudara di Hulu Langat gagal,” katanya.
Kantoi Malam Merdeka!! "Saya Tak Sentuh Dia Pun, Saya Masuk Bilik Dia Hanya Nak Solat" Kantoi Malam Merdeka!! "Saya Tak Sentuh Dia Pun, Saya Masuk Bilik Dia Hanya Nak Solat" Reviewed by Ahmad Zulkifli on 6:35 PM Rating: 5

1 comment:

  1. Casino Rewards List - Poonz Nation Casino
    Casino 먹튀 랭크 rewards are available only 22 bet to new players who sign up at Poonz and make 블랙 잭 사이트 a qualifying deposit. 텍사스 홀덤 족보 In the casino reward system, players 슈어 벳 주소 get three

    ReplyDelete

loading...
Powered by Blogger.