penyanyi rap kontroversi yang ditahan reman empat hari selepas dipercayai melakukan provokasi dengan menyanyi dan menari di dalam ruang utama Masjid Terapung Tanjung Bungah dan mempersenda umat Islam
PULAU PINANG 22 OGOS - Dua anggota polis mengiringi penyanyi rap kontroversi yang ditahan reman empat hari selepas dipercayai melakukan provokasi dengan menyanyi dan menari di dalam ruang utama Masjid Terapung Tanjung Bungah dan mempersenda umat Islam melalui klip video di Kompleks Mahkamah Pulau Pinang di sini, hari ini.-UTUSAN/AZMAN ASMAYATIM
GEORGE TOWN 22 Ogos - Seorang penyanyi rap kontroversi ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes klip video di sebuah masjid di Tanjung Bungah, Pulau Pinang, yang didakwa menghina Islam.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah (Jenayah) Ahmad Tajudin Zaini.
Penyanyi yang juga pengarah tempatan itu tiba di Bahagian Reman mahkamah pada pukul 10.23 pagi dan keluar dari bahagian itu kira-kira 20 minit kemudian.
Penyanyi berusia 33 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Semalam, penyanyi itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba dari luar negara pada pukul 3.30 petang.
Klip video memaparkan rakaman empat lelaki yang menyanyikan lagu dalam bahasa Mandarin berdurasi 4.05 minit itu menjadi viral dan menimbulkan kemarahan orang ramai kerana ia dipercayai menghina Islam.
Ekoran itu, pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan membuat laporan polis kerana tidak puas hati dengan klip video berkenaan.-BERNAMA
penyanyi rap kontroversi yang ditahan reman empat hari selepas dipercayai melakukan provokasi dengan menyanyi dan menari di dalam ruang utama Masjid Terapung Tanjung Bungah dan mempersenda umat Islam
Reviewed by Ahmad Zulkifli
on
3:37 AM
Rating:
No comments: